Muslim T Jr. Preview

Continuar leyendo

Harga Muslim T Selepas Diskaun

Salam semua;

Bagi memudahkan para agen dan pelanggan untuk mengetahui harga Muslim T selepas diskaun yang kami tawarkan bagi Jualan Penghabisan Stok Muslim T.

Berikut kami senaraikan:

Diskaun 25%

RM26.00 @ 25% = RM19.50

RM34.00 @ 25% = RM25.50
RM36.00 @ 25% = RM27.00
RM38.00 @ 25% = RM28.50

Diskaun 30%
RM26.00 @ 30% = RM18.20
RM34.00 @ 30% = RM23.80
RM36.00 @ 30% = RM25.20
RM38.00 @ 30% = RM26.60


Diskaun 40%

RM26.00 @ 40% = RM15.60
RM34.00 @ 40% = RM20.40
RM36.00 @ 40% = RM21.60
RM38.00 @ 40% = RM22.80

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pejabat kami.

Sekian, terima kasih.

Continuar leyendo

Jualan Penghabisan Stok Muslim T


Salam para agen dan pelanggan yang dirahmati Allah s.w.t;

Moga hari-hari anda adalah hari yang penuh dengan produktiviti yang diniatkan sebagai ibadah kepada yang Maha Esa, Allah s.w.t

Bagi meneruskan urusniaga bersama para agen dan pelanggan kami yang setia, kami mengumumkan:
Jualan Stok Penghabisan Muslim T.

Jualan ini akan bermula pada 12 Febuari 2010. Borang Tempahan yang khas akan kami upload pada 11 Febuari 2010



Jualan penghabisan serta diskaun-diskaun yang ditawarkan ini adalah bagi koleksi Muslim T 2009 dan tahun-tahun sebelumnya sah selagi stok masih ada.

Rakan da'wah yang dirahmati;

Diskaun 25% bermula dengan pembelian serendah sehelai hingga jumlah pembelian yang melayakkan anda mendapat diskaun setinggi 40%

Berikut adalah kadar diskaun* Jualan Penghabisan Stok Muslim T:

Pembelian 1 hingga 99 helai: Diskaun 25%
Pembelian 100 hingga 249 helai: Diskaun 30%
Pembelian 250 helai dan ke atas: Diskaun 40%

Ayuh! anda boleh mula mengumpul tempahan dari sekarang. Pastikan anda download dan mengisi Borang Tempahan yang terkini pada 11 Febuari 2010 nanti serta emelkan kepada kami.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk merebut Muslim T yang telah menjadi ikon para remaja muslim dan muslimah... kerana dengan memakainya secara automatik anda telah menjadi seorang pendakwah yang menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat! Bukankah sangat mudah untuk berdakwah?

Marilah bersama-sama kami memeriahkan dunia dengan warna-warni Islam: "Innad diina 'indaLlahil Islaam"

Sekian, wassalam.

*Sudah tentu bagi para Agen Brotherhood Arts, anda mempunyai kelebihan berbanding pelanggan biasa seperti yang kami maklumi melalui email :)

Continuar leyendo

Senarai Agen Brotherhood Arts




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Pelanggan yang dirahmati Allah;

Bagi anda jauh dari kami di Kuala Lumpur tetapi ingin membuat tempahan samada dalam jumlah sedikit atau banyak sila hubungi agen-agen kami untuk membuat tempahan.

Sila rujuk senarai Agen Brotherhood Arts dengan klik pada menu 'agents' diatas.

Sekian, terima kasih.

Abu 'Umar

*Anda juga ingin menjadi Agen Brotherhood Arts? Sila hubungi pejabat kami untuk maklumat lanjut.



Continuar leyendo

Stick-Kid, sticker untuk kanak-kanak :)





















Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Apa khabar semua? Moga kita semua dalam lindungan Allah swt dengan hidayah dan rahmatnya.

Moga Tahun baru 1431H dan 2010M ini memberikan kita kesegaran yang baru. Mulakan tahun baru ini dengan semangat yang baru, azam yang baru serta sikap-sikap yang baru selain daripada baju, seluar baru serta kasut sekolah baru untuk anak-anak yang baru mula memasuki alam persekolahan.

Memulakan tahun baru ini juga kami 'menyajikan' beberapa kategori produk yang baru. Kali ini kami memberi fokus kepada kanak-kanak.










Stick-Kid sticker untuk kanak-kanak

Khas untuk anak-anak yang suka tampal-menampal. Antara ciri-ciri Stick-Kid adalah:

  1. Reusable sticker: Pelekat yang boleh ditanggalkan dan boleh dilekatkan kembali tanpa koyak jika dilakukan dengan berhati-hati. Saiz setiap keping adalah 7.1 in x 10.5 in
  2. Terdapat 12 design yang menarik dengan mesej-mesej yang ringan untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Mesej yang dipaparkan adalah berkenaan akhlaq, Islam, mengenali Allah swt, bersyukur, ibadah dan sebagainya
  3. Warna-warni dan sangat menarik perhatian kanak-kanak. Terdapat design yang sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan dan ada juga yang khusus untuk kanak-kanak lelaki atau khusus untuk perempuan sahaja. Dapatkan kesemua 12 design bagi melengkapkan koleksi anak-anak anda
  4. Interaktif: Pelekat-pelekat ini bukan sahaja menarik, malah ia boleh digunakan sebagai label untuk menulis nama, kelas, umur dan dilekatkan pada alat tulis, buku atau meja.

Tempahan dan Harga
Seperti biasa, sila isikan borang tempahan yang disediakan untuk membuat tempahan. Harga pasaran sebelum diskaun adalah RM4.90 sahaja. Setiap sticker di pack dalam sampul yang menarik dan boleh digantung untuk display. Diskaun yang menarik menanti anda TERUTAMA kepada agen-agen yang telah dilantik.










Continuar leyendo

Dimanakah anda beroperasi?

Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh;

Kepada bakal-bakal agen Brotherhood Arts, sila ambil perhatian.

Sila emailkan kepada kami anda beroperasi di mana?, iaitu di zon dan negeri mana anda beroperasi supaya memudahkan pihak pelanggan lain untuk mencari anda untuk membuat tempahan.

Di dalam laman web nanti bagi agen di Malaysia kami akan kategorikan anda mengikut zon-zon manakala bagi agen yang berada di luar negara akan dikategorikan mengikut negara masing-masing. Seperti berikut:

Zon Tengah (W.P Kuala Lumpur dan Selangor)
Zon Selatan (Johor, Melaka dan Negeri Sembilan)
Zon Utara (Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah)
Zon Pantai Timur (Pahang, Kelantan dan Terengganu)
Zon Berneo (Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)

Agen Brunei
Agen Singapura
Agen Australia
dan seterusnya...

Jadi sebelum hujung tahun ini sila lengkapkan maklumat anda kepada kami dengan info-info yang dapat membantu para pelanggan mencari anda.

Sekian, wassalam.

*Syawal akan tamat Jumaat ni... siapa ada baki puasa 6 yang belum habis... apa tunggu lagi? Mujahadah ler sikit. Zulkaedah akan menjelma pula... Zulhijjah...

Continuar leyendo

Jom Rebut MEGASALE!!!











Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh;

Pelanggan yang dirahmati Allah s.w.t;

Bismillahirrahmaanirrahiim;

Kami mengumumkan jualan MEGASALE bermula hari ini 13 Oktober sehingga 31 Disember 2009 iaitu tempoh jualan selama hampir 2 setengah bulan.

Jangan lepaskan peluang diskaun tertinggi yang pernah kami tawarkan dalam sejarah urusniaga Brotherhood Arts sehingga 40% untuk produk Muslim T.

Diskaun MEGASALE

Muslim T dan ArmSleeve
Pembelian 1 hingga 49 unit, Diskaun 25%
Pembelian 50 hingga 99 unit, Diskaun 30%
Pembelian 100 unit dan ke atas, Diskaun 40%

Cool Badges
Pembelian 1 unit dan ke atas, Diskaun 70%

Bookmarkers
Pembelian 1 unit dan ke atas, Diskaun 75%

Seperti biasa...
Sebelum membuat tempahan anda hendaklah:
1. Download borang order MEGASALE: "MEGASALE Okt-Dis 2009 Order Form.xls" dan dokumen "Daily Stock Update"
2. Isikan borang tempahan berdasarkan stok yang ada SAHAJA
3. SEMAK tempahan untuk memastikan stok yang tiada tidak ditempah
4. 'Save as' file tempahan tersebut dan emailkan kepada kami
5. Kakitangan kami akan respon tempahan tersebut secepat mungkin
6. Anda boleh membuat bayaran samada dengan cara bank-in atau bayar tunai ketika mengambil tempahan. Jika anda membuat bayaran secara bank-in, sila maklumkan pembayaran tersebut kepada kakitangan kami samada melalui email atau panggilan telefon
7. Penghantaran dibuat atau anda boleh datang ke premis kami untuk ambil sendiri

* Sila rujuk "FAQ Terma Pembelian" untuk persoalan-persoalan lain
* Tawaran sah selagi stok masih ada

Buat masa ini KESEMUA design dan saiz ada dalam stok kami melainkan design dan saiz yang telah dihentikan pengeluarannya sahaja.

Jom Rebut!!!

---------------------------------------------------

Berkenaan Agen Bro.Arts
Setiap hari kami menerima respon daripada para pelanggan yang bersetuju menjadi agen kami pada tahun hadapan. Dan kepada yang masih ingin tetapi belum memohon untuk menjadi agen, anda boleh berbuat demikian dengan hanya menghantarkan email kepada kami. Kami akan respon dengan menghantar emel Terma Agen kepada anda. Tiada tarikh tutup untuk memohon menjadi agen.

Bagi pelanggan yang sudah bersetuju untuk menjadi agen, gunakan peluang MEGASALE kali ini untuk anda mencari peluang dan pasaran baru supaya pada tahun hadapan anda sudah mempunyai pasaran yang tersedia.

Kami akan senaraikan maklumat agen di dalam laman web kami sekitar pertengahan bulan Disember ini nanti insyaAllah.

Katalog 2009 (bukan katalog 2010 ya) sedang dalam proses cetakan semula, akan siap sekitar hujung bulan ini. Sila hubungi pejabat kami untuk mendapatkannya secara percuma.

Akhir sekali...
Sempena keberangkatan kami ke Tanah Suci pada minggu hadapan, kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada semua pelanggan yang setia agar memaafkan salah silap kami dan menghalalkan apa-apa yang terlebih dan terkurang sepanjang urusniaga kami bersama anda semua.

Sekian, wassalam.

Abu 'Umar & Ummu 'Ulya

Continuar leyendo

Order Form baru dengan Diskaun Baru!



















Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh;

Pelanggan Brotherhood Arts yang kasihi dan dirahmati Allah swt;

Kami telah emelkan dokumen
Order Form ver9.4 dan FAQ Terma Pembelian Brotherhood Arts ke mailing-list Brotherhood Arts. Saudara boleh juga download dari laman web ini seperti biasa.

Diskaun Baru ini pasti membuat para pelanggan semua gembira kerana diskaun ditawarkan lebih lumayan insyaAllah. Jika ada sebarang kemusykilan sila rujuk dahulu dokumen FAQ Terma Pembelian Brotherhood Arts.

Penggunaan borang tempahan baru dengan diskaun baru ini berkuat kuasa serta merta mulai hari ini. Jika ada pelanggan yang telah emelkan tempahan yang belum diproses oleh kakitangan kami sila hubungi pejabat kami supaya tempahan tersebut diubah menggunakan borang tempahan terbaru ini :)

Buat pengetahuan saudara semua, sebentar tadi juga kami baru sahaja emelkan dokumen
Terma Agen Brotherhood Arts dan FAQnya kepada pelanggan yang telah membuat permohonan untuk menjadi agen kami sebelum ini.

Kepada pelanggan-pelanggan yang ingin menyertai senarai agen kami sila membuat
permohonan melalui email. Kami akan respon dengan kadar yang segera insyaAllah.

Kami juga akan membuat
mailing-list khas bagi agen, sebagai ruang untuk kami menyampaikan perkembangan-perkembangan terbaru Brotherhood Arts.

Sekian, wasslam.

Abu 'Umar
*Bagaimana puasa 6 saudara semua? sudah selesaikah? Syawal ada berbaki sedikit lagi...

Continuar leyendo

Diskaun Baru Brotherhood Arts telah dilancarkan!

Salam semua pelanggan Brotherhood Arts :)

Sebentar tadi kami telah emailkan dokumen Diskaun Baru Brotherhood Arts.

Apa pandangan anda semua? Berikan komen kepada kami melalui email.

Sekian terima kasih.

Continuar leyendo

Updates dari Brotherhood Arts

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Beberapa perkembangan dari kami untuk penggal ke-4 tahun 2009 ini:

1. Tawaran diskaun yg lebih menarik! Pengiraan diskaun baru ini akan menggantikan diskaun yg ada sekarang.

2. Terma Pengedar/Agent/Reseller terbaru yang lebih menguntungkan. Kami telah mengiklankan tawaran untuk menjadi agen pada 27 Julai yang lalu dan sehingga kini sambutan untuk menjadi pengedar BroArts sangat luar biasa! Bagi yang ingin menjadi pengedar kami sila emailkan permohonan tersebut. Hanya yang memohon sahaja yang akan menerima email tawaran agen dari kami. Tiada tarikh tutup utk memohon :)

3. InsyaAllah kami akan melancarkan satu lagi produk hujung tahun 2009 ini: Muslim T Jr. Nantikan kemunculannya!

4. Kami bercadang utk membuat 'sayembara' atau bahasa mudahnya pertandingan merekabentuk Muslim T (design competition). Terbuka kepada semua yg memiliki Muslim T keluaran Bro.Arts... ulangan... terbuka kepada sesiapa sahaja yang memiliki Muslim T. Nantikan pengumuman pertandingan tersebut serta hadiah2 yang menarik yg akan ditawarkan :)

*Ramai sebenarnya pelanggan kami yang memberikan idea-idea menarik untuk dicetak, lebih-lebih lagi rekabentuk yang mempunyai unsur da'wah.

5. Katalog 2010 sedang dalam pembikinan dengan konsep yang lebih 'urban'

Oh ya! terakhir...

6. Laman web terbaru kami masih dalam pembikinan. berikut adalah non-official homepage nya...



























Ps: Hari ni dah 12 Shawal dah...
"Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan diikuti dengan 6 hari berpuasa di bulan Syawal dia seperti telah berpuasa selama setahun"
(Hadith)

Continuar leyendo

Malam ke-29 Ramadhan...malam terakhir...


















Salam Ramadhan al-Mubaarak...

Sungguh
luar biasa Ramadhan kali ini kerana saudara semua berhempas pulas mengejar pahala dengan ibadah-ibadah yang dituntut oleh agama kita sepanjang Ramadhan seperti amalan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda.

Luar biasa kerana ibadah kita tidak lagi seperti Ramadhan yang lalu yang mungkin masih ada kekurangannya tetapi kali ini lebih baik insyaAllah. Tahniah kepada saudara semua :)

"Taqobalallahu minna waminkum"
Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu semua di bulan Ramadhan yang mulia. Moga kita masih dikurniakan rezeki untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.

Saudara sekalian, di kesempatan ini kami warga Brotherhood Arts mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Raya Eidulfitri. Semoga hari raya ini disambut dengan sederhana, jauh dari pembaziran dan maksiat yang terlarang oleh syari'at Islam. Berhati-hatilah ketika memandu kenderaan agar selamat sampai ke destinasi yang jauh mahupun yang dekat.

Akhirnya, kami memohon ampun dan maaf atas sebarang kesalahan, kekurangan dan kelemahan kami sepanjang berurusan dengan saudara semua. Moga ikatan ini bukan sahaja dipandang dari sudut perniagaan sahaja tetapi yang lebih utama adalah ikatan persaudaraan Islam-Ukhuwwah Islamiyyah.

Moga kita semua menjadi muslim/muslimah yang lebih baik selepas Ramadhan kali ini, insyaAllah.

Sekian, wassalam.


*Banyak perkembangan Bro.Arts sebenarnya nak dikongsikan...

Continuar leyendo

S bukan "Super" tetapi "Small"











Salam semua...

Alhamdulillah setelah menerima maklum balas daripada saudara semua yang mahukan saiz yang lebih kecil,
kini kami tambah saiz 'S' yang 2 inci lebih kecil daripada saiz 'M'.

Sila muat turun borang pesanan terbaru dan juga dokumen
stock update terkini untuk membuat pesanan. Buat masa ini hanya beberapa design sahaja yang mempunyai saiz 'S', selainnya masih lagi dalam proses percetakan.

Ya! MEGASALE masih lagi berlangsung! Teruskan membuat pesanan anda.

Sekian. Wassalam.

Continuar leyendo

Katalog Cool Badges

Salam semua...

Sila klik ikon "Cool Badges" di bawah ini untuk melihat semua design2 Cool Badges. Sehingga kini kami masih mempunyai stok untuk KESEMUA design yang disenaraikan. Silakan untuk membuat pesanan.


Continuar leyendo

Dilanjutkan sehingga 14 Ogos 2009 :)



























Berita gembira buat para pelanggan semua, kami melanjutkan lagi tempoh MEGASALE hingga 14 Ogos 2009 ini.

Seperti biasa, saudara boleh membuat pesanan dengan memuat turun borang pesanan MEGASALE. Saudara perlu memastikan pesanan yang dibuat adalah dengan berpandukan stok kami yang terkini yang boleh dimuat turun di bahagian kanan laman web ini.

Terima kasih atas sokongan anda semua. Pastikan niat saudara menjual mahupun membeli produk kami adalah untuk menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat...ya selain dari memperoleh keuntungan juga.

Wassalam.

Continuar leyendo

MEGASALE Dilanjutkan?

Ramai pelanggan yang minta kepada kami melalui sms, shoutbox dan juga email2 supaya mempertimbangkan agar MEGASALE dilanjutkan...kebanyakannya kata offer MEGASALE ni terlalu singkat tempohnya..

Ermm... apa2 pun saudara2 masih ada 2 hari lagi untuk 'membeli belah', manfaatkan kesempatan yang berbaki ini :)

Continuar leyendo

Menjadi Pengedar Brotherhood Arts?



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh;

Pelanggan yang dirahmati Allah s.w.t, kami akan mengumumkan Tawaran Menjadi Pengedar Brotherhood Arts tidak lama lagi.

Benar, sebelum ini kami kurang memberi perhatian dalam aspek pengedaran melainkan jualan menerusi online sahaja, iaitu dengan mengisi borang tempahan.

Ramai pelanggan yang menawarkan diri untuk menjadi pengedar kami sejak 5 tahun kami beroperasi, namun atas keterbatasan stok dan juga kemampuan untuk membekal secara berterusan menghambat keinginan kami untuk berbuat demikian.

Nantikan sahaja perkembangan daripada kami menerusi laman web dan juga emel. Anda boleh sahaja click pada agents tab di atas utk melihat pembahagian zon-zon agen kami.

Kepada pelanggan sekalian, sila emel kepada kami sekiranya anda ingin menjadi salah seorang daripada agen kami nanti :)

Ayuh! Teruskan memberi cadangan dan pandangan membina kepada kami.

Sekian, terima kasih.

Wassalam

Continuar leyendo

Cool Badges Terbaru: Palestin di Hatiku














Palestin di Hatiku...
Benarkah? Atau sekadar cakap2 sahaja? Ayuh! jadikan degupan jantung kita seirama degupan jantung para pejuang di Palestin yang sentiasa kencang dan hidup... bukan jiwa yang mati

Continuar leyendo

Free Al-Quds v2 (Best seller)

















Yeah! Bebaskan al-Quds walau dengan seketul batu... apalah sangat Merkava di mata para mujahid! Allahu Akbar!!

Continuar leyendo

MEGASALE Brotherhood Arts Kembali Lagi!



























Assalamualaikum dan apa khabar semua? Mmm.... sangat lama kami tidak update blog ni hehe...

Bagi mengubat 'kerinduan' para pelanggan, kami mengumumkan MEGASALE Brotherhood Arts dari 17 hingga 31 Julai 2009 ini.

Tawarannya seperti berikut:

  • Diskaun 25% untuk MuslimT dan Armsleeve dari sehelai hingga 199helai
  • Diskaun 30% untuk MuslimT dan Armsleeve dari 200 helai keatas
  • Diskaun 70% untuk semua design Cool Badges dari sekeping dan ke atas


















Combo Pack

Bersama dengan pengumuman ini juga kami melancarkan Combo Pack yang mengandungi set yang istimewa buat anda:
  • 12 (dua belas) keping Bookmark istimewa sempena Bulan Ramadhan DAN Syawal, yang mengandungi mesej-mesej serta nasihat bagi memperingati bulan yang mulia ini. Sesuai dijadikan hadiah untuk keluarga, sahabat dan 'anak2' halaqah anda ;)
  • SERTA 5 (lima) keping button badge istimewa sempena RAMADHAN: 2 Fast 4 Taqwa yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. Design yang sangat luar biasa insyaAllah memberikan peringatan mencapai derajat Taqwa bagi mereka yang berpuasa













Pek kombo luar biasa (12+5) ini hanya bernilai RM10.00 sahaja! Stock kami sangat terhad, maka silalah membuat tempahan secepat mungkin.

Sila download order form dari link berikut untuk membuat tempahan:
MEGASALE Order Form 17-31 July 2009.xls


Moga produk-produk yang kami tawarkan ada kebaikan untuk anda dan juga masyarakat yang melihatnya. Ia semata-mata mesej Islam dan kebaikan yang kita kongsi bersama ganjarannya insyaAllah.

Sekian.

* Sila click pada gambar 'paper bag merah' di atas untuk download posternya utk dijadikan Desktop Background anda :)

Email: brotherhoodarts@gmail.com
Tel. Pejabat: 03-41067101

Continuar leyendo